Vios VS City VS Persona

Untuk musim perasaan kali ini, aku melihat trend pembelian kereta sedikit terbantut dengan kenaikkan atau ketatnya penilaian permohonan pinjaman bank. Jika dulu dengan hanya gaji bersih RM2500 anda layak membuat pinjaman kereta bawah RM100K, mean anda boleh melaram dengan kereta Honda dan kini gaji bersih RM2800 anda hanya layak membuat pinjaman bawah RM50k sahaja.

Keadaan ini memberikan impak pada pembelian kereta pada segment Sedan B, dan ianya diterajui oleh 3 model ini. Proton Persona 2019, Honda City 2017 dan Toyota Vios 2019. Bulan ini  aku pandu uji kereta dan aku sendiri menilai perbezaan model ini dengan versi sebelum nya. Untuk Honda City 2017, aku sendiri memilih kereta ini sebagai kereta aku. Pengalaman memandu kereta Honda City ini lebih dekat dengan aku berbanding kereta lain. Untuk Toyota Vios, kali terakhir aku menjual kereta ini adalah pada bulan April yang lalu, bila kereta Vios 2019 dikeluarkan aku menyibukkan diri untuk melihat dan pandu uji jugak, namun Toyota dengan Toyota nya, ianya sebuah kereta yang penuh markup. Layak di anggap facelift berbanding new model.

Kenapa Persona 2019?
Ianya berbeza, Jauh berbeza dibandingkan dengan engin dan transmission Proton Perdana dahulu. Ianya serba baru, berteknologi tinggi, masih ada rasa Proton dan paling panting ianya mampu milik. Badan Proton ini jauh lebih teguh berbanding Perodua Bezza dengan harga yang hampir sama. Jika bajet anda dalam anggaran RM42-55k;  jangan samakan Bezza dengan Persona, kereta ini jauh lebih baik. Persona, City dan Vios mungkin ada yang merasakan saya bergurau meletakkan Proton dalam kelas ini, tapi percayalah ianya perlaburan yang lebih baik dengan harga yang jauh lebih rendah. Pertukaran gear, permanduan pada selekoh dan penggunaan Minyak sangat
berbaloi. Pada post yang lalu aku ada mengeluh tentang kesukaran untuk meminjam dari bank-bank sedia ada, namun di Proton anda mempunyai pilihan yang lebih baik. Proton Commerce, Proton Malaysia menyediakan Loan dengan usahasama CIMB Bank untuk memberi pinjaman Sewa beli kereta dengan rate yang lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Toyota Capital. Kadar minimum Gaji Bersih juga lebih rendah dimana ada kes yang bergaji dalam RM1400 juga layak meminjam dengan kadar rate serendah 2.9% hingga 3.88% yang saya anggap sesuatu yang masuk akal untuk kereta jenama tempatan.


Honda City, Juara dalam segment ini
Perminat Honda City amat ramai dan segment ini adalah milik Honda Selama 5-7 tahun yang lalu namun 2019 persaingannya amat sengit. Mungkin kita melihat perlahanya jualan Honda City kerana umurnya yang hampir 3 tahun, kereta ini akan ada Facelift dalam masa terdekat. Jangka hayat Honda mudah diramal. Maka perminatnya menunggu dan pengguna yang baru juga sukar untuk membeli kereta segment ini. Bermula dengan harga RM76-92k, permilik kereta ini kebanyakannya adalah berpendapat senderhana dan
pekerja baru. Pelanggan dalam segment ini yang paling terganggu ketika bank mengetatkan pinjaman kereta. Saya tidak menyentuh tentang engine, transmission, teknologi dan assessors kereta ini kerana ianya sama. Tidak ada yang baru dalam City 2017 melainkan harga, bentuk bonet dan lampu LED berbanding City 2015. Kenapa saya pilih HONDA City? Saya tidak melihat pada teknologi dan Gaya. Saya melihat pada keupayaan engine dan keselesaan memandu dalam masa yang lama 8-14jam. Itu yang saya utamakan. Saya ada 3 buah kereta, dan saya perlukan sebuah kereta sedan yang selesa dengan keadaan jalanraya Malaysia dan dalam masa yang sama menjimatkan duit saya untuk Minyak.


Toyota Vios kereta penuh markup
Selepas memandu uji kereta ini, saya meletakkan kereta Vios Kakak saya (second generation 2007-2013) sebagai perbandingan, mungkin ianya seakan menghina pengguna kereta Vios 2019 tapi ini adalah penilaian peribadi saya. Maaf. Vios berada dikemuncak jualan pada tahun 2012 sebelum ianya menjadi kereta pilihan ke2 selepas Honda City. Tiada perubahan pada engin, transmision, kawalan dan sebagainya. Tapi jika anda inginkan kereta yang kelihatan ganas tanpa melihat kekuatan engin nya, makan kereta ini boleh di letakkan sebagai pilihan. Kamera depan dan belakang, recorder dan sebagai nya
adalalah accessories kereta yang terbaik... kira harga kereta ini lebih mahal sebab ianya dilengkapi dengan muka yang di markup dan bukan nya pada tambahan keupayaan kereta. Pada saya jika ingin kereta markup lebih baik anda ambil Toyota CHR dan parking sahaja di depan pejabat dan rumah.



Ada perlanggan yang mati-mati nak kereta Perodua Bezza berbanding Peroton Perdana, dan jugak jumpa perlanggan yang tukar Loan dari Honda City ke Toyota Vios. Aku sebagai pernasihat jualan kereta, hanya mampu mencarikan stok kereta pilihan anda dan warna yang anda suka. Buatkan loan yang lepas dengan kadar rate terbaik. Janama kereta yang anda nak ambik, tak penting. Yang penting. aku dah cerita kan semua baik buruk kereta tersebut and anda buat keputusan untuk komitmen kewangan selama 9 tahun dengan kerata serta bank. Jangan menyesal, dengar dan pertimbangkan kesan jangka pajang kereta anda.




Comments

Post a Comment

Popular Posts