Perodua Aruz Vs Honda BRV.... mana lebih berbaloi


Kali ini aku ke Perodua untuk berjumpa Aril dan melihat dengan mata sendiri kereta baru Perodua Arus.... bukan penjemaan semula Toyota Rush tapi aku cuba melihat dengan mata, permikiran dan hati yang baru. Cuba melihat kereta ini sebagai kereta Perodua... Jenama yang sentiasa ada di dalam hati rakyat Malaysia. Secara jujur aku tidak gemar melihat segment kereta ini. Honda BRV adalah contoh yang paling bagus... Aku adalah Jurujual yang hanya menjual kereta yang aku rasa berbaloi, rasa sebuah kereta... aku akan beli dan pandu kereta ini... jika tidak...aku tak akan jual...full stop. Aku sendiri selama 8 bulan menyakinkan diri aku bahawa kereta cross over SUV dan MPV ini adalah sesuatu yang berbaloi.... hampir 10 bulan tanpa sale itu tanda aras bertapa aku tidak menyukai segment kereta ini.... bukan setakat Honda BRV, Proton Ertiga, Toyota Sienta dan sekarang Perodua Arus....   aku mmg tidak gemar segment ini.... walaupun model yang aku gemar jual... Volvo XC90...  kenapa ingin kan sebuah kereta crossover yang membuang keselesaan dan keselamatan?




Tapi segment ini mempunyai pengikut yang banyak. Keluarga yang sederhana... anak2 masih kecil tapi ramai... ibubapa yang ingin membawa semua ahli keluarga berjalan tapi inginkan kereta yang mudah di bawah dan parking... masih jimat wang dan paling penting masih ada kekuatan untuk di bawak di atas jalan raya.


Aku sendiri memaksa diri untuk memandu kereta Toyota Vellfire, Alphard dan Hiace.... Honda hanya ada Odyssey.... aku cuba juga... kemudian aku masukkan diri aku ke dalam segment pembeli crossover ini... mana kemampuan aku dan mana keutamaan aku... dan ini titik tolak untuk aku membuka mata dan hati melihat segment ini dan menjualnya kepada pengguna yang memerlukan kannya.... ianya nya lebih kepada kereta keluarga... kereta kedua... kereta untuk balik kampung.


Sebagai Jurujual, apa pendapat anda?

Tolak ketepi semua fikiran logik...dan lihat dimata jurujual.... kereta Aruz ini jauh lebih senang dijual dari Honda BRV.  Kita lihat pada varient tertinggi kereta ini AV ianya juah lebih baik dari BRV varient V. Saya tak akan sentuh mengenai kawalan stering dan engin...chasis dan tapak kereta....  soalan ini bukan perlu dijawab oleh jurujual tetapi bidang teknical dan service... Ya, saya sangat titik beratkan bahagian ini... tapi bukan semua pembeli ingin tahu tentang kelancaran dan keselesaan tertinggi... cukuplah dengan teknologi yang setara dengan harga belian kereta.

Maka ini adalah kereta terbaik anda... kereta ini mempunyai teknologi dan asas crossover yang berbaloi dengan duit yang anda belanjakan. Anjakan keselamatan kereta ini tidak dibuang... dilengkapi 6 airbag berbanding hanya 2 di BRV, bantuan pemanduan Selamat (A.S.A) 2.0 juga amat baik.... dan paling penting ianya setara dengan engin VVTi 1.5L Honda dalam penjimatan minyal EEV 1.5L Perodua. Kereta ini memberi anda 15.6L per kilometer.... anggaran dalam 40L anda mampu bergerak 620km.... kereta yang jimat minyak, boleh membawa 7 orang dan berteknologi tinggi.


Sebagai Permandu wanita, apa pendapat anda?

Saya boleh memandu kereta ini... ambik anak sekolah...berpusing di pasar raya dan memandu dalam jarak sederhana. Kereta ini mudah di parking, dan mempunyai kemudahan seperti kamera undur dan sensor dengan brek sendiri pada kelajuan yang rendah. ini cukup bagus untuk saya yang kadang2 hilang pendoman ketika memandu... Ya, perempuan sahaja faham...bila anda stress... anak2 yang bising... keadaan jalanraya... anda perlukan kereta yang sedikit bijak... tak perlu banyak..sedikit bijak untuk membantu... dan saya rasa kereta ini mampu membantu.... kereta ini agak selesa untuk dipandu dan duduk di bahagian ke 2.... bahagian ke 3... ini memang untuk anak2 yang nakal... denda mereka duduk di bahagian ke 3 agar anda tak dengar mereka bergaduh dan mengusik adik yang lain. Anggaran bulanan RM8** sama ada ianya kereta utama atau kereta kedua ianya agak berbaloi. 

So, Pendapat Cik Yang?


Ianya sesuatu yang berbaloi... cukup baik untuk dipandu dan menjimatkan. Tapi untuk segment kereta ini saya masih tidak menyukai kekuatan engin yang digunakan untuk memampung berat badan kereta dan berat penumpang... ianya membebankan kereta jika dipandu pada kelajuan melebihi 120km/j.... dan ianya masih menyakitkan mata dan hati melihat kereta-kereta ini tersadai di tepi jalan. Kereta ini tidak boleh dipandu laju.... ianya tidak selamat dan ianya mudah rosak... Jika anda ingin menggunakan kereta jenis ini, sila pandu dengan perlahan dan selamat.... nyawa dan duit anda harus ditaruhkan pada tempat yang betul. Secara jujur saya selalu melihat pelanggan saya semasa pandu uji, jika mereka adalah pemandu yang lemah lembut...sayang pada keluarga...maka ianya membantu saya rasa kurang rasa bersalah...





Comments

Popular Posts