Vios VS City VS Persona
Untuk musim perasaan kali ini, aku melihat trend pembelian kereta sedikit terbantut dengan kenaikkan atau ketatnya penilaian permohonan pinjaman bank. Jika dulu dengan hanya gaji bersih RM2500 anda layak membuat pinjaman kereta bawah RM100K, mean anda boleh melaram dengan kereta Honda dan kini gaji bersih RM2800 anda hanya layak membuat pinjaman bawah RM50k sahaja. Keadaan ini memberikan impak pada pembelian kereta pada segment Sedan B, dan ianya diterajui oleh 3 model ini. Proton Persona 2019, Honda City 2017 dan Toyota Vios 2019. Bulan ini aku pandu uji kereta dan aku sendiri menilai perbezaan model ini dengan versi sebelum nya. Untuk Honda City 2017, aku sendiri memilih kereta ini sebagai kereta aku. Pengalaman memandu kereta Honda City ini lebih dekat dengan aku berbanding kereta lain. Untuk Toyota Vios, kali terakhir aku menjual kereta ini adalah pada bulan April yang lalu, bila kereta Vios 2019 dikeluarkan aku menyibukkan diri untuk melihat dan pandu uji jugak, namun Toyo...



