Proton X70... ianya lebih selesa, mampu milik dan berteknologi terkini.

Sempat merasa pandu uji kereta ini semasa ianya baru 2 minggu dirasmikan. Pelawaan dari Mentor saya Mr Lee tidak ditolak langsung. " Yang, beri saya your thought. Sama dengan Volvo XC60 tak?"
dan aku terus terdiam.... Have same dad don't means both of them will be in same quality, jawab aku seloroh. Yap 120k and 380k sahaja membawa kepada jawapan yang pasti. Kereta terbaik di Dunia dengan 72 system keselamatan pasif serta altif  dan AI (Artificial Intelligence) yang mampu bertutur hampir 14 bahasa di dunia. Ada sedikit ego saya disitu, tapi selepas pandu uji nya saya secara jujur memberi impak yang berbeza bila ditanya oleh para pelanggan.

Apa bezanya Spec atau Varient dalam kereta Proton ini X70 ianya lebih kepada accessories luaran dan dalam serta Jenis permandua 2tayar atau 4 tayar sahaja.  Saya lebih berminat untuk bercerita tentang Spec teratas dimana soalan sering ditanya pada saya; "berbaloi ke?" dan Jawapan saya kekal consistent dari hari saya Pandu Uji kereta ini. Ya, ianya 1 perlaburan yang berbaloi.

Saya selalu ingatkan customer saya, Proton bukan kereta Premium ianya kereta mampu milik. Kereta Popular, jangan kerana saya juga menjual jenama Premium anda merasakan bila saya kata ianya kereta yang berbaloi.... ianya sama taraf dengan kereta Premium... tidak....ianya berbaloi dalam konteks kereta Popular seperti Honda, Toyota, Perodua dan Nissan.  Jika anda mempunyai bajet bulanan yang dalam range RM 1100-1300 sebulan makan kereta ini sepatutnya ada dalam range pilihan anda. Ianya wajar diletak sebagai pilihan pertama atau kedua.

Sebagai Jurujual, apa pendapat anda?


Kereta ini memberi nafas baru kepada Proton, ianya sebuah kereta upgrade yang sangat sesuai untuk pengguna Proton yang kini sudah setia bersama mereka selama 34 tahun. Generasi 70'an dan 80'an adalah market distribution mereka. Sebagai Jurujual ini adalah seperti peluang kemasan. Proton memiliki kereta terbaik, pada masa yang terbaik dan paling bagus ianya adalah kereta mampu milik.

Teknologi yang dibawa oleh Geely adalah antara yang terbaik di pasaran Asia dan kekuasan mereka di dalam pasaran industry automotive memberi peluang yang tidak terhad pada Proton. Saya melihat mereka berkerjasa dengan Celcom untuk talian 4G juga sesuatu yang bagus. Untuk para pelanggan berbangsa Cina, mereka selalu melihat kereta sebagai teknologi terkini, harga paling berbaloi dan banyak barang free.. dan kereta ini memberikan mereka semua yang mereka perlukan. Lihat sahaja permilik kereta ini di jalan raya.

Untuk kaum Melayu dan India, mereka mungkin akan ada sedikit kegusaran dengan Proton; tapi ianya hanya perasaan was-was, mereka melihat kesemua permasangan dan kompenan dalam kereta ini dibuat oleh China. Ianya berkualiti,  tapi mampu atau tidak barangan ini bertahan di cuaca tidak menentu di Malaysia dan permukaan jalanraya ianya bakal dijawab pada tahun ke 3 dan ke 4 kereta ini di keluarkan.


Ianya kereta baru yang dilancarkan... seperti pisang panas, stok sentiasa terhad... maka bersabarlah... tapi tempoh menunggu berjaya dikurangkan... dari 4 bulan ke 2 bulan... Tempah sekarang untuk kereta Raya 2019 anda.






Sebagai Permandu wanita, apa pendapat anda?

Sebagai seorang permandu wanita saya rasa sangat kekok memandu kereta ini. Ianya kereta keluarga. sama ada keluarga dengan anak yang dewasa atau seorang dua anak kecil. Jika suami yang memandu mungkin sesuai... si isteri duduk meneman dan tidur dengan selesa di sebelah kiri dan bukanya memandu. Kereta ini maskulin, teknologi yang ada di dalam juga bukan nya mesra permandu wanita; dan tidak memalukan permandu yang pertama kemalangan dengan kereta ini juga seorang permandu wanita. Saya jadi kekok kerana SUV ini berada di awang2an dengan kedudukan kerusi dan desk-board nya, mungkin saya dah biasa memandu XC40 dan HRV dimana ianya lebih rasa selesa, saya rasa selamat, rasa dilindungi dalam badan kereta dan saya rasa mampu mengawal kereta ini ketika berhenti dan parking berbanding dengan X70. Ianya kereta untuk lelaki berbanding kereta untuk seorang wanita.


So, Pendapat Cik Yang?

Engin dan system permanduan kereta ini mungkin ada sedikit perbezaan dengan model terdahulu dari Proton tapi Proton tetap Proton. Saya memberikan pendapat yang positive pada kereta ini. Tapi ianya sesuatu yang baru di Malaysia dan lebih dikenali sebagai model Geely Boyue... mungkin di sini ada sedikit perbezaan pendapat pada diri saya sendiri... saya bercerita tentang kereta pada kontek jurujual Malaysia atau sebagai seorang yang mempunyai pengalaman memandu ke2-2 kereta ini... apa yang saya cuba bandingkan? apa yang membezakan ke2-2 nya sekarang? akhirnya saya sedar, saya hanya membezakan nilai duit dengan kereta yang anda dapat. Ianya berbaloi... harga kereta ini antara yang berbaloi dengan apa yang anda dapat. Jika dibandingkan dengan kereta Honda Malaysia Vs Honda Thailand; anda akan menangis melihat kadar keuntugan Honda Malaysia dan bertapa sedikit sahaja anda dapat berbanding dengan model yang dijual disana...mereka dapat lebih teknologi dengan harga lebih rendah...





















Comments

Popular Posts