Simple Tips sebelum anda membeli kereta atas Talian. Jangan kena tipu

Apa langkah pertama yang perlu saya ambik jika saya ingin membeli kereta secara atas talian (online)?





Saya masih kehairanan bila ramai lagi rakan2 FB saya ditipu oleh para "Con Artis" ini. Jadi saya sediakan langkah2 mudah yang boleh anda lakukan untuk mengelak anda ditipu. Ini untuk 1st car owner dulu... 2nd hand lebih susah nak semak...mungkin seminggu dua nanti saya buatkan. Baik, Pertama

(1) Setiap kereta baru perlu pembekal yang sah, tak kiralah dia broker ke agent ke, saudara jauh ke.... kereta ini perlu datang dari sumber sah. Ambik nama Dealer mereka... Buat pemeriksaan kat website... Contoh; Toyota ada dealer ini tak? UMW toyota kat Jalan Bukit Kecik.... Nissan?... area mana lokasi dealer, kalau dari Johor kereta nak ambik kat Terengganu, tanya lah dia kenapa? Dapatkan sebab yang maksud akal.... Jangan ambik alasan tanpa selidik....

(2) Transaksi Asas, hanya ada 3 (Booking, Down Payment dan Insurance**)
* Booking/Tempahan mestilah tidak melebihi 1% dari harga kereta,.. sekarang banyak yang free dan guna LOU dari bank sebagai booking Fee.. so tak payah bayar..... tapi kalau nak kena bayar jugak, ingat hanya 1% dari harga atas jalan dan ianya boleh dituntut semula jika gagal pinjaman atau tidak ingin meneruskan pembelian dalam tempoh 90hari.... ambik balik duit anda....  Ini hak pengguna... melainkan anda ada sain surat mengata anda perlu membayar caj perkhidmatan... ini undang2 lawan undang2... tapi kalau ada resit serta surat terima pembatan, boleh menang kalau lawan kat makamah pengguna (berdasarkan bukti sah)....



Contoh kalau ambik Perodua Axia, harga dalam 30Ribu maka duit booking RM300 sahaja... Duit ini jangan sesekali bayar secara tunai... gunakan online banking... atau CDM.... paling bagus kalau guna kaunter bank.... dan hendaklah dibayar ke atas nama syarikat dan bukannya kepada nama individu... kenapa? Sebab pertama hanya syarikat sahaja boleh keluarkan kereta baru bukan individu dan kedua hanya syarikat berdaftar boleh mempunyai akaun bank, dan ianya jauh lebih selamat dan memudahkan aduan dibuat jika berlaku pernipuan. Jangan terpengaruh dengan alasan bayarkan atau tidak ada akaun bank....

*Down Payment... duit Muka kereta.... ikut perjanjian antara pembekal dan anda sebagai pelanggan, minimum adalah 10% dari harga atas jalan kereta anda.... jika anda bayar kurang dari itu antara anda,bank,egent dan pembekal kereta... ini kes lain... yang halal... paling sikit 10%....so harga kereta 30 Ribu Pinjam bank 27 Ribu maka Duit Muka 3Ribu...3 Ribu ini termasuk bayaran tempahan.... Jadi jika anda membayar duit minimum 1% booking RM3000-RM300 = RM 2700 baki down payment yang perlu dibayar.... sekali lagi di ingatkan, bayar pada syarikat pengeluar kereta terus tanpa orang tengah.

*Insurance pulak... ini kes jarang sebab kebanyakkan masuk sekali dalam loan, tapi tak salah di sisi undang2 kalau dia mintak anda bayar Tunai sebab Insurance adalah pilihan syarikat kereta... Yang penting kalau ada NCD  anda perlu keluarkan untuk dapat pengurangan pada harga kereta atas jalan. Tak ada diskaun lain selain NCD untuk Insurance kereta baru. Maka keluarkan Cover noted atau Perlindungan Insurance atas nama anda. Jika insurance baru, mintak aje dimasukkan dalam pinjaman loan anda.

(3) Sentiasa simpan rekod transaksi dan dapatkan tarikh yang tepat atau anggaran untuk setiap proses. Contoh; berapa lama diperlukan untuk anda mengetahui loan kereta anda berjaya? berapa lama tempoh kereta baru anda akan sampai di Dealer? Berapa lama di perlukan untuk register kereta selepas bayar penuh Down Payment di buat? Keep track all this... kalau nak tunggu sampai 2 bulan, maka Jangan Bayar Full Down Payment. Bayar habis hanya jika anda dapat melihat kereta baru anda di depan mata. 3-5hari diperlukan untuk register sesebuah kereta baru.... dan rekord saya 23jam.... Ini agak rumit jika kereta import dan lebih singkat untuk kereta Nasional.

Moga lepas ini, saya tak dengar lagi bila rakan2 FB saya di tipu. Kerana saya bukan Polis untuk cari persalah untuk anda, dan menanggung kerugian yang anda alami. Upah saya pada Dealer kereta bukan pada pelanggan saya, maka saya tak ada masalah jika anda melakukan semua transaksi secara terus ke Kedai.







Comments

  1. Ujian menunjukkan bahawa Perodua Aruz dapat menyelesaikan sprint 0-100 km / j dalam 15.7 saat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts