New HRV 2019.... Selepas hampir 8 bulan akhirnya.... dirasmikan dan diatas Jalan

Penantian satu seksaan

Secara amnya Honda HRV adalah kereta untuk perminat HRV ( Medium Size SUV); terlalu banyak khabar angin tentang penanguhan perasmian kereta ini yang sepatutnya dirasmikan pada bulan 8 tahun lepas (2018) tapi hingga Januari 2019 barulah kereta ini dirasmikan dan dilancarkan. Sama ada penanguhan ini disebabkan urusan kerajaan Malaysia yang bertukar tanggan atau apa sekali pun alasanya; aku berjaya menahan telinga dan air muka aku untuk pastikan ke3-3 customer aku yang booking New HRV ini kekal sabar hingga ke tarikh kereta mereka keluar... dan pada 16.01.2019; kereta ini akhirnya dikeluarkan dan harga nya di rasmikan.




Sebagai seorang jurujual kereta, apa pendapat aku?

kereta ini tiada perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan keluaran 2015 dan 2017. Engin yang sama melainkan varient Hybrid. Untuk model standart Varient S telah dibuang... maka basic spec adalah E dimana pelanggan mempunyai kelebihan pada pengendalian dan kemera belakang dan half leader seperti Varient V pada model terdahulu. Manakalah Varient V 2019 diberi kekemasan pada tempat duduk dan bentuk luaran yang lebih rangi. Varient RS lebih berbaloi kerana kekemasan luar ditukar dari platic cover ke full black chrome plate garnish ini menjadikan model ini sangat menarik... selain beberapa extra design termasuk line kamera dan sport pedal. 

Belakang HRV V
Belakang HRV Hybrid
Belakang HRV E
Belakang HRV RS

Selain Model RS; saya rasakan hanya perminat HRV sahaja akan membeli Varient E dan V. ianya bukan suatu perlaburan yang bijak... kenapa? saya terus terang tidak menyukaai system VGR (Variable Ratio Steering System) ianya menyukar kawalan dan keselasaan sebagai seorang permandu dan system radio sentuh yang dibuang dan digantikan dengan model radio Honda City juga pada saya sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Honda. Kereta ini berlawan dengan segment kereta Medium SUV seperti Mazda EX5 dan Toyota CHR; maka jika ianya hanya cantik di luar maka ianya bukan lagi HONDA tetapi Toyota. Honda sepatutnya meletakkan kereta ini pada kelas mewah dengan ciri2 system teknologi terkini bukan sebaliknya. Mengapa mereka mengikut persaing dan bukan mengdahului mereka? ini sepatutnya tidak berlaku.

RS dengan kekemasan Kulit
kelabu cerah
Pada harga permula RM108,800.00 saya masih merasakan Honda Civic 1.8L sebagai kereta yang perlu di berikan perbandingan. Terus terang, jika saya berdepan dengan pelanggan yang samar atau 50-50 dalam mencari kereta, saya akan membuka peluang pada mereka untuk merasa kereta lain dengan bajet yang hampir sama. Tapi jika mereka mempunyai bajet yang agak tinggi dan pilihan yang ada termasuk HRV RS yang harga bermula dari RM124,800.00 maka saya akan berusaha bersungguh untuk menyakinkan mereka ini adalah perlaburan yang bagus jika dibandingkan dengan spec tertinggi dari mana-mana Jenama kereta lain dalam kategori ini. Kerusi kulit 


Engin Hybrid
Gear Knock " Shift by Wire"
Bagaimana pulak Hybrid?, ini engin yang sama ada pada semua kereta Honda Hybrid. Ianya 1.5 DOHC i-VTEC dengan system Direct Injection, system sport Hybrid i-DCD dengan 7 gear kelajuan. Pendek kata anda bukan jimat pada penggunaan minyak tapi jimat pada bayaran cukai jalan tahunan anda. Kuasa yang lebih tinggi dan tenaga yang juga lebih baik berbanding dengan engin 1.8L Honda yang lain. Sebagai jurujual saya akan mensyorkan anda melihat varient ini sebagai alternative yang bagus untuk jangka masa panjang. Harga untuk kereta Hybrid masih dalam pengecualian Cukai oleh kerajaan Malaysia maka ianya masih dalam kategori mampu milik. 
Tapi jika anda masih mencari saya untuk menjual kereta ini 5tahun lagi, maka saya akan kata... "Cuba tengok varient yang lain dulu"

Sebagai seorang pemandu wanita, apa pendapat aku?

RS dengan Pedal Shift.
Jika aku mempunyai pendapat bersih dalam RM3000 dan ke atas. Ya, aku melihat Honda HRV sebagai satu pilhan. Inya tinggi dan mempunyai system yang terkini. Comel dan pada masa yang sama masih mampu memberikan imej sebagai kereta seorang yang professional. Perasaan bangga membawa sebuah Honda HRV agak tinggi. Model terkini yang dilengkapi dengan system VGR (hanya pada model RS sahaja) bagus untuk membantu kaum wanita dalam keadaan jalan yang tidak lurus, berbukit atau licin di waktu hujan. Honda masih mengutamakan keselamatan. Jika inginkan kuasa Varient RS dilengkapi dengan Sport Pedal dan jika ingin memberi keselasaan pada poket maka varient Hybrid lebih menarik sebagai permandu wanita. Gabungan engin dan bateri untuk varient Hybrid lebih tinggi 152hp berbanding varient Petrol 142hp maka ianya sebuah kereta yang boleh dikongsi dengan suami anda. 


So, Cik Yang kata; 
Jika anda ingin membeli RS maka pandu uji RS dan jika anda ingin membeli model HRV yang lain maka pandu uji model yang hampir sama. Jangan tertipu, engin yang berbeza dan system electronik yang ada dalam kereta memberi pengalaman memandu yang berbeza. Aku menjual perbagai model dan jenama sekarang, menjual kereta buatan Malaysia, Jepun dan Eropah sesuatu yang berbeza... Premium Car dan Kereta Popular Malaysia juga berbeza.... kadang2 tak adil jika ingin aku bandingkan sesuah kereta dengan kereta yang lain. Sebagai pengguna Honda; aku lebih setuju dengan HRV RS dan merasakan Honda Civic 1.8L sesuatu yang lebih baik jika dibandingkan dengan HRV E dan V. Melainkan anda perminat kerusi kulit dan lampu depan putih; maka pilihlah HRV E atau V model 2019 ini sesuai untuk anda. Dan untuk bulan Januari aku berjaya keluarkan 2 RS; mungkin aku lebih berat sebelah dalam spec ini kerana aku hanya akan jual kereta yang aku suka dan aku akan jujur dengan pelanggan aku untuk pastikan mereka mendapat perkhidmatan terbaik dan kereta terbaik sahaja.


Sebarang pertanya; sila tingalkan komen anda

Comments

  1. Mempertimbangkan pemesanan setelah honda brv 2020 membandingkan dengan berbagai jenis mobil.

    ReplyDelete

Post a Comment